zhulian
>> Friday, 25 December 2009
wawasan keemasan ke arah kejayaan...
Dalam tahun 1989, Pengasas ZHULIAN iaitu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ZHULIAN, En. Teoh Beng Seng telah menyahut cabaran dalam merealisasikan wawasan dirinya untuk membangunkan sebuah syarikat jualan langsung 100% milik rakyat tempatan dengan harapan suatu hari nanti ia akan mencipta kisah-kisah kejayaan yang menakjubkan lagi membanggakan. Dalam tahun yang sama, ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD telah ditubuhkan. Dari sebuah syarikat jualan langsung kecil yang berpusat di Pulau Pinang, di bawah pimpinan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ZHULIAN, En. Teoh Beng Seng dan Pengarah Urusan Kumpulan ZHULIAN, En Danny M. K. Teoh, kini ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD telah berubah menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang terbilang di pasaran jualan langsung rantau ini.
Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pelbagai inovasi positif yang telah dilaksanakan demi terus mempertingkatkan daya saingnya dalam pasaran yang semakin mencabar. Dari hanya memasarkan serangkaian kecil Barangan Kemas Saduran Emas yang terkenal, kini ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD melaksanakan strategi pempelbagaian produk dengan memperkenalkan rangkaian produk lain seperti Penjagaan Rumah, Makanan dan Minuman, Suplemen Kesihatan dan Nutrisi, Penjagaan Diri, Kosmetik, Sistem Rawatan Air dan Udara, serta Produk Peningkat Kualiti Tidur.
Kini, dengan jaringan operasi meluas yang melebihi 220 buah agensi di rantau Asia Tenggara , ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD telah dikenali sebagai salah sebuah syarikat peneraju dalam industri jualan langsung rantau ini melalui Peluang Perniagaan Keemasan yang dinamik dan berwawasan serta berbekalkan produk yang diyakini ramai dan inovatif. Aset paling berharga ZHULIAN terletak pada rangkaian Pengedarnya yang berdedikasi dan begitu komited dalam memperjuangkan nilai-nilai keutuhan perniagaan, kebebasan kewangan, pengiktirafan setara, pertumbuhan dan pencapaian peribadi di dalam Syarikat.
Sebahagian besar produk ZHULIAN dikeluarkan di tapak kemudahan pengeluaran ZHULIAN untuk memberi produk bernilai tinggi yang memberikan kebaikan penting kepada para Pengedar dan para pelanggan. Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan meluas adalah juga sebahagian daripada proses penambahan nilai ini di mana ZHULIAN aktif menjalankan analisis semua produknya sebelum memperkenalkannya ke dalam pasaran. ZHULIAN mengoperasikan kemudahan pengeluaran ini dengan adanya teknologi dan peralatan canggih serta kakitangan terlatih di setiap sektor agar mengeluarkan produk berkualiti superior yang tiada taranya. Berpegang tegas kepada piawaian kawalan kualiti yang ketat sentiasa diaplikasikan pada setiap tahap proses penghasilannya bagi memastikan pematuhan tanpa kompromi terhadap harapan pengeluaran yang tertinggi. sendiri seperti Barangan Kemas Saduran Emas Fesyen, Produk Kesihatan, Makanan dan Minuman, dan Penulen Air. Ia adalah sejajar dengan komitmen
Piawaian operasi pengeluaran yang tinggi di ZHULIAN memberikan para Pengedar dan para pelanggan kami keyakinan teguh terhadap kualiti produk kami. Lawatan kilang dianjurkan untuk para Pengedar melawat dan melihat sendiri pengoperasian pengeluaran yang berlangsung di kemudahan pengeluaran Syarikat.

0 comments:
Post a Comment